Sunday, January 30, 2022

PQ - Death Penalty, Number of Pardons/Commutation 2016 - 2021 = 85 (16/12/2021) - MP Maria Chin

85 persons had their Death Penalty commuted from 2016 to September 2021

47 - Drug Trafficking 

22 - Murder

2 - Firearms(Increased Penalty)

 

Parliamentary Questions 16/12/2021 - MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021 [https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDRBL16122021.pdf]

SOALAN NO : 222

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN

DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT,PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH[ PETALING JAYA ]

SOALAN

PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH [ PETALING JAYA ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan beberapa banduan akhir telah dibebaskan selepas menerima pengampunan oleh YDPA, Sultan ataupun Yang Di-Pertua Negeri dari tahun 2016 hingga 2021, berapa tahun banduan tersebut ditahan sebelum diberikan pengampunan dan apa jenis jenayah yang mereka dijatuhkan hukuman mati

SOALAN NO : 222

JAWAPAN

YB DATO’ SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula tahun 2016 sehingga 1 September 2021, terdapat seramai 85 orang banduan yang telah diberikan peringanan hukuman mati. Terdapat seramai 47 orang banduan daripadanya telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu bagi kesalahan pengedaran dadah. Manakala seramai 22 orang banduan pula telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. Di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37] pula terdapat seramai 2 orang banduan yang telah diberikan peringanan hukuman.

2. Banduan-banduan berkenaan telah berada di penjara sebelum diberikan peringanan hukuman sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun sehingga yang paling lama iaitu selama 12 tahun.

 

No comments: