Sunday, January 30, 2022

PQ - Death In Custody 2020 & 2021 (16/12/2021) - by MP MARIA CHIN

 jumlah kes kematian dan sebab-sebab kematian bagi orang-orang dalam tahanan imigresen, lokap polis, dan penjara bagi tahun 2020 dan 2021 mengikut umur, jantina, tempat tahanan, negara dan kumpulan etnik, dan sebab tahanan.

 Here, the question is about numbers of persons that died in custody of immigration, police lock-ups and prisons in 2020 and 2021, the reasons for their death, age, gender, ethnicity and reasons for detention

Parliamentary Questions 16/12/2021 - MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021 [https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDRBL16122021.pdf]

SOALAN NO: 220

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN (BERTULIS)

DEWAN RAKYAT, MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN (BERTULIS)

DARIPADA : YB PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH(PETALING JAYA)

SOALAN

PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH [ PETALING JAYA ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah kes kematian dan sebab-sebab kematian bagi orang-orang dalam tahanan imigresen, lokap polis, dan penjara bagi tahun 2020 dan 2021 mengikut umur, jantina, tempat tahanan, negara dan kumpulan etnik, dan sebab tahanan.

SOALAN NO: 220

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia merekodkan sebanyak 110 kes kematian pada tahun 2020 dan 2021 iaitu sehingga 13 Oktober 2021 dengan pecahan 37 kes kematian pada tahun 2020 dan 73 kes kematian pada tahun 2021.

37 kes kematian di Depot Imigresen yang direkodkan pada tahun 2020 adalah melibatkan warganegara Indonesia iaitu seramai 16 orang, warganegara India dan Myanmar masing-masing 5 orang, warganegara Bangladesh dan Pakistan masing-masing 3 orang serta 5 orang dari lain-lain negara.

Pada tahun 2021, pecahan kewarganegaraan bagi kes kematian di Depot Imigresen adalah terdiri daripada warganegara Indonesia iaitu seramai 29 orang, warganegara Filipina dengan jumlah 23 orang, warganegara Myanmar seramai 9 orang dan 12 orang dari lain-lain negara.

Punca kematian tahanan di Depot Imigresen yang dikenalpasti oleh pihak hospital adalah disebabkan oleh penyakit septic shock, tuberculosis (TIBI), HIV, severe pneumonia, jangkitan paru-paru, komplikasi jantung, denggi, kencing manis, sesak nafas, kegagalan fungsi organ dan sebagainya.

Manakala, berdasarkan kepada statistik Jabatan Penjara Malaysia, sebanyak 22 kes kematian direkodkan pada kedua-dua tahun 2020 dan 2021 iaitu sehingga Oktober 2021 dengan pecahan 13 kes kematian bagi tahun 2020 dan 9 kes kematian pada tahun 2021.

Kesemua kes yang dilaporkan adalah terdiri daripada banduan/ tahanan lelaki sahaja. Manakala, bagi pecahan mengikut kewarganegaraan, seramai 20 orang adalah warga Malaysia yang terdiri daripada 17 Melayu dan 3 India. Manakala, 2 lagi adalah penghuni warganegara asing iaitu warganegara Filipina dan Nepal.

Sepanjang tempoh dua tahun ini, punca atau sebab kematian direkodkan oleh Jabatan Penjara Malaysia adalah disebabkan oleh gantung diri dan komplikasi paru-paru yang masing-masing merekodkan sebanyak 4 kes.

Kematian disebabkan HIV/AIDS dan asma yang kronik pula masing-masing merekodkan sebanyak 3 kes, faktor serangan jantung dengan statistik 2 kes, manakala faktor disebabkan sakit tua, kanser otak, kanser mata, jangkitan COVID-19, sesak nafas dan tuberculosis (tibi) masing-masing merekodkan 1 kes.

Selain itu, jumlah kes kematian di lokap polis pada tahun 2020 dan 2021 adalah seramai 23 orang dengan pecahan 13 orang bagi tahun 2020 dan 10 orang bagi tahun 2021.

Kesemua kes kematian di lokap polis yang dilaporkan pada tahun 2020 adalah terdiri daripada banduan lelaki, manakala pada tahun 2021, 9 kes adalah terdiri daripada banduan lelaki dan seorang adalah banduan wanita.

SOALAN NO: 220

Pada tahun 2020, Polis Diraja Malaysia merekodkan 9 kes kematian di lokap polis yang berpunca daripada penyakit usus, hati, hepatitis, ulser, paru-paru dan kerongkong, 2 kes disebabkan oleh sakit jantung manakala faktor sakit asma dan gantung diri masing-masing merekodkan 1 kes. Pada tahun 2021 pula, 5 kes kematian di lokap polis yang dilaporkan adalah disebabkan oleh Penyakit usus, hati, hepatitis, ulser, paru-paru dan kerongkong, 3 kes gantung diri dan 2 kes kematian lagi adalah berpunca daripada sakit jantung.

Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia sering menitik beratkan isu kebajikan dan keselamatan tahanan imigresen, lokap polis dan penjara.

Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah:

(i) Jabatan Imigresen Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menempatkan 14 orang Penolong Pegawai Perubatan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara bagi memberikan rawatan awal kepada tahanan;

(ii) menyediakan Fail Rekod Kesihatan untuk setiap tahanan;

(iii) memantau dan menyelaras urusan pembekalan, penyimpanan dan pemberian ubat-ubatan kepada tahanan;

(iv) memastikan peralatan kecemasan lengkap dan berkeadaan baik pada setiap masa;

SOALAN NO: 220

(v) membuat pemeriksaan dan penyaringan penyakit ke atas tahanan baharu tiba;

(vi) melakukan pemeriksaan awal kesihatan terhadap semua tahanan termasuk kanak-kanak dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kesihatan mereka;

(vii) memeriksa, diagnosis dan merawat penyakit yang ringan, merujuk semua kes yang di luar kemampuan kepada Pegawai Perubatan atau hospital berhampiran untuk rawatan selanjutnya;

(viii) pemberian imunisasi kepada tahanan kanak–kanak di Depot Imigresen berpandukan jadual imunisasi untuk mencegah penyakit berjangkit;

(ix) mengadakan sesi libat urus dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa seperti International Committee of the Red Cross (ICRC), Suka Society dan MyCare bagi menambahbaik pengurusan kesihatan tahanan di Depot Imigresen; dan

(x) memantau sajian makanan yang disediakan untuk tahanan

No comments: