Sunday, January 30, 2022

PQ - Death in Custody of Child in 2020 & 2021 - MP Maria Chin - 16/12/2021

Parliamentary Questions 16/12/2021 - MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021 [https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDRBL16122021.pdf]

 

SOALAN NO: 221

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN (BERTULIS) DEWAN RAKYAT, MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN (BERTULIS)

DARIPADA : YB PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH (PETALING JAYA)

SOALAN

PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH [ PETALING JAYA ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian dan sebab-sebab kematian bagi kanak-kanak bawah 18 tahun dalam tahanan imigresen, lokap polis, dan penjara bagi tahun 2020 dan 2021, mengikut umur, jantina, tempat tahanan, negara dan kumpulan etnik, dan sebab tahanan.

SOALAN NO: 221

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia merekodkan sebanyak 4 kes kematian yang melibatkan tahanan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun pada kedua-dua tahun 2020 dan 2021 iaitu sehingga 13 Oktober 2021.

2 kematian kanak-kanak lelaki yang dilaporkan pada tahun 2020 adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada usus (Extensive Necrotising Enterocolitis) dan Gram Negative Septicaemia.

Manakala, 2 kematian kanak-kanak lelaki yang dilaporkan pada tahun 2021 adalah berpunca daripada permasalahan arteri (Transposition of Great Arteries with Restrictive Patent Foramen Ovale Intact Ivs) dan kegagalan fungsi organ hati (Septicemia due to Gastrointestinal Disease with Underlying Liver Disease).

Berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia pula, dimaklumkan bahawa tiada sebarang laporan yang melibatkan kematian tahanan / banduan bagi kanak-kanak berusia bawah 18 tahun sepanjang tahun 2020 sehingga 2021.

No comments: