Sunday, January 30, 2022

PQ - Death in Police Custody (16/12/2021) MP Sivarasa >> 20 Inquests when 79 deaths in POLICE custody?

Death in Police Custody - Only 20 INQUEST from 79 deaths in police custody cases

Parliamentary Questions 16/12/2021 - MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021 [https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDRBL16122021.pdf]

 

SOALAN NO: 402

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN (BERTULIS)

DEWAN RAKYAT, MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN (BERTULIS)

DARIPADA : YB TUAN SIVARASA A/L K.RASIAH (SUNGAI BULOH)

SOALAN

TUAN R. SIVARASA [ SUNGAI BULOH ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kes-kes kematian dalam lokap polis dalam tempoh 2015 hingga 30 September 2021. Daripada jumlah ini berapa inkues telah dimulakan, berapa telah di selesai dan apakah langkah Kerajaan untuk mengurangkan kes-kes kematian dalam lokap polis.

SOALAN NO: 402

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Bagi tempoh Januari 2015 hingga September 2021, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan sejumlah 606,664 tahanan yang ditahan di lokap-lokap PDRM seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 79 laporan atau 0.09 peratus kes kematian tahanan dalam lokap PDRM direkodkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Mahkamah telah memerintahkan 20 kes dalam prosiding inkues; 17 kes dalam tindakan Timbalan Pendakwaraya; 12 kes masih dalam siasatan; dan 30 kes berstatus ‘no further action’.

Di antara langkah-langkah yang diambil pihak PDRM untuk meminimakan kes-kes kematian tahanan dalam lokap khususnya tahanan yang mengalami masalah kesihatan adalah dengan menyediakan garis panduan (SOP) yang lebih ketat termasuk dalam menguruskan tahanan sakit, rondaan yang lebih kerap di sel pada waktu malam, penyediaan bilik rawatan dan pembantu perubatan serta penambahan anggota polis yang menguruskan tahanan.

Di samping itu, Kementerian sedang dalam proses menambahbaik pengurusan lokap PDRM melalui pewujudan Custodial Medical Unit (CMU) di lima (5) Lokap Berpusat PDRM dengan Lokap Berpusat Bayan Baru, Pulau Pinang dijadikan sebagai projek rintis. Kementerian turut merancang untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas tahanan melalui pelantikan panel klinik swasta. Dengan kaedah ini, pemeriksaan tahap kesihatan tahanan dapat dibuat dengan segera sebelum tahanan

SOALAN NO: 402

dimasukkan ke dalam lokap.

Selain itu, pemasangan kamera litar tutup atau CCTV di semua lokap balai polis juga sedang dilaksanakan mengikut 5 zon (Utara, Selatan, Timur,Sabah, Sarawak) sebagai penambahbaikan bagi mengatasi isu kematian di dalam tahanan. Projek pemasangan CCTV Lokap PDRM dijangka akan selesai pada akhir tahun ini.

No comments: