The Malaysian Judiciary has 'established' the Coroners Court, and set direction on the handling of cases of death categorised as 'sudden death' and Inquests. All cases including death in custody has to be finished within a defined time. Inquest in DEATH IN CUSTODY cases ought to be completed withion 6 months from the date of registration.
Kes LMM hendaklah diselesaikan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pendaftaran kes LMM di Mahkamah Sesyen Koroner....5.2 Kes Siasatan Kematian (am) hendaklah diselesaikan dalam tempoh 9 bulan dari tarikh pendaftaran kes Siasatan Kematian di Mahkamah Sesyen Koroner manakala bagi kes Siasatan Kematian (kematian dalam tahanan) hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran kes.
The 2019 Practice Direction by CJ RICHARD MALANJUM cancels the previous Practice Direction of 2014 of the Chief Registrar of the Federal Court, which revoked the 2007 Puractice Direction of CJ SITI NORMA YAAKOB
ARAHAN AMALAN BIL. 2 TAHUN 2019
PENGENDALIAN LAPORAN MATI MENGEJUT DAN SIASATAN KEMATIAN OLEH MAHKAMAH SESYEN KORONER
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh:
Pengarah Mahkamah Negeri
Seluruh Malaysia
Hakim Mahkamah Sesyen
Seluruh Malaysia
Majistret
Mahkamah Majistret
Seluruh Malaysia
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Rendah
Seluruh Malaysia
Penolong Pendaftar
Mahkamah Rendah
Seluruh Malaysia
YBhg. Datuk/Datok/Datin/Tuan/Puan,
ARAHAN AMALAN BIL 2 TAHUN 2019
PENGENDALIAN LAPORAN MATI MENGEJUT DAN SIASATAN KEMATIAN OLEH MAHKAMAH SESYEN KORONER
YAA Ketua Hakim Negara setelah berunding dengan YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, dengan ini mengeluarkan arahan bagi pengendalian kes Laporan Mati Mengejut (LMM) dan Siasatan Kematian oleh Mahkamah Sesyen Koroner.
2. Semua kes LMM dan Siasatan Kematian hendaklah dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang digelar Koroner.
3. Kes LMM dan Siasatan Kematian bukan sahaja terhad kepada kes kematian dalam tahanan polis, kematian dalam penjara, kematian di mana-mana pusat tahanan dan kematian orang tahanan di hospital tetapi juga semua kes kematian yang memerlukan siasatan dibuat di bawah Bab XXXII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
4. PENGELASAN KOD KES
4.1 Kes siasatan kematian yang difailkan hendaklah didaftarkan di
Mahkamah Sesyen Koroner di Negeri yang berkenaan mengikut pengelasan kod seperti yang berikut:
Kod | Butiran |
65 | Kes Laporan Mengejut (LMM) |
65A | Kes Siasatan Kematian (AM) |
65B | Kes Siasatan Kematian (Kematian Dalam Tahanan) |
4.2 Walaupun kes LMM telah didaftarkan di bawah Kod 65, sekiranya Koroner setelah meneliti LMM tersebut mendapati bahawa Siasatan Kematian perlu dijalankan, maka kes itu hendaklah didaftarkan semula di bawah Kod 65A atau Kod 65B.
5. GARIS MASA PENYELESAIAN KES LMM / SIASATAN KEMATIAN
5.1 Kes LMM hendaklah diselesaikan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pendaftaran kes LMM di Mahkamah Sesyen Koroner.
5.2 Kes Siasatan Kematian (am) hendaklah diselesaikan dalam tempoh 9 bulan dari tarikh pendaftaran kes Siasatan Kematian di Mahkamah Sesyen Koroner manakala bagi kes Siasatan Kematian (kematian dalam tahanan) hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran kes.
6. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KES SIASATAN KEMATIAN
Garis panduan bagi pengendalian kes siasatan kematian adalah seperti di Lampiran A Arahan Amalan ini.
7. PEMERIKSAAN MAYAT
7.1 Koroner tidak diwajibkan untuk hadir semasa pemeriksaan mayat melainkan pegawai penyiasat berpendapat kehadiran Koroner adalah perlu.
7.2 Sekiranya pegawai penyiasat berpendapat terdapat keperluan untuk kehadiran Koroner, perkara berikut hendaklah dipatuhi:
7.2.1 Koroner hendaklah hadir di tempat mayat berada dan melakukan pemeriksaan dengan segera;
7.2.2 Koroner tidak perlu membuat catatan atau nota semasa pemeriksaan mayat. Catatan boleh dibuat oleh pegawai penyiasat dengan pengesahan bahawa Koroner telah hadir semasa pemeriksaan mayat.
7.2.3 Sekiranya atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Koroner tidak dapat melaksanakan tugas seperti di perenggan 7.2.1, Pengarah Negeri boleh mengarahkan Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret di daerah berkenaan atau di daerah yang berhampiran untuk melaksanakan tugas pemeriksaan mayat tersebut.
7.3 Sekiranya pegawai penyiasat memutuskan bahawa mayat yang diperiksa perlu dibedah siasat, Koroner tidak perlu hadir semasa bedah siasat (post mortem) dijalankan.
7.4 Koroner tidak mempunyai bidangkuasa untuk memutuskan berkenaan keperluan untuk bedah siasat bagi kes mati mengejut, melainkan keadaan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 335 (2) Kanun Tatacara Jenayah.
8. PENGENDALIAN KES DAN FAIL-FAIL LMM / SIASATAN KEMATIAN
8.1 Semua kes LMM dan siasatan kematian hendaklah difailkan secara elektronik berserta surat permohonan dan fail LMM yang lengkap. Fail LMM yang tidak lengkap boleh ditolak oleh Mahkamah.
8.2 Ketetapan di perenggan 8.1 hanya terpakai bagi lokasi Mahkamah yang mempunyai sistem aplikasi digital secara elektronik. Bagi lokasi Mahkamah yang masih menggunapakai sistem pemfailan manual, proses kerja sedia ada adalah terpakai.
8.3 Fail LMM yang dikemukakan secara manual kepada Mahkamah hendaklah dipulangkan kepada pihak pemohon setelah fail selesai disemak dan verdict (keputusan) diberikan.
9. PEMBATALAN ARAHAN AMALAN BIL. 2 TAHUN 2014
Arahan Amalan Bil. 2 Tahun 2014 - Pengendalian Siasatan Kematian (Death Inquiry) Selaras Dengan Penubuhan Mahkamah Khas Koroner adalah dibatalkan.
10. TARIKH KUAT KUASA
Arahan ini berkuat kuasa pada 8 Mac 2019.
Sekian, Terima kasih.
(YAA TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA RICHARD MALANJUM)
Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Salinan Kepada:
YAA Presiden Mahkamah Rayuan
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
YAA Hakim Besar Malaya
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Peguam Negara
Jabatan Peguam Negara Malaysia
45, Persiaran Perdana
Presint 4
62100 PUTRAJAYA
Ketua Polis Negara
lbu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman
50560 KUALA LUMPUR
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi)
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Timbalan Ketua Pendaftar (Operasi)
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Pendaftar
Mahkamah Rayuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah Dan Sarawak
Kompleks Mahkamah Kuching
Jalan Gersik, Petra Jaya
93050 KUCHING,SARAWAK
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak
Kompleks Mahkamah Kuching
Jalan Gersik, Petra Jaya
93050 KUCHING,SARAWAK
Ketua Pengarah
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ibu Pejabat KKM Blok E1, E6, E7 & E10, Parcel, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 PUTRAJAYA
Ketua Bahagian Pendakwaan
Jabatan Peguam Negara Malaysia
45, Persiaran Perdana
Presint 4
62100 PUTRAJAYA
Peguam Besar Negeri Sarawak
Tingkat 15 & 16
Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya
93502 Kuching SARAWAK
Peguam Besar Negeri Sabah
Tingkat 8 & 9
Menara Tun Mustapha
Teluk Likas
Beg Berkunci 2054
88990 KOTA KINABALU
SABAH
Pengarah
Bahagian Dasar dan Perundangan
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
SELURUH MALAYSIA
Pengarah
Bahagian Teknologi Maklumat dan E-Kehakiman
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Pustakawan
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
PUTRAJAYA
Presiden
Majlis Peguam Malaysia
15, Leboh Pasar Besar
50050 KUALA LUMPUR
Pengerusi
Persatuan Undang-Undang Sabah
Suite No. 6-6-11
6th Floor, Menara MAA
No. 6, Lorong Api-Api 1
88000 KOTA KINABALU, SABAH
Pengerusi
Persatuan Peguambela Sarawak
The Bar Room,
Kompleks Mahkamah Kuching
Jalan Gersik, Petra Jaya
93050 KUCHING, SARAWAK
LAMPIRAN A
GARIS PANDUAN MENGENAI SIASATAN KEMATIAN (PERUNTUKAN YANG BERKAITAN DALAM BAHAGIAN VIII BAB XXXII SEKSYEN 328-341 KANUN TATACARA JENAYAH )
1. APA ITU SIASATAN KEMATIAN
(a) Siasatan Kematian bukanlah seperti suatu perbicaraan;
(b) Tiada pihak yang mendakwa dan membela;
(c) Siasatan Kematian adalah suatu siasatan oleh Koroner/Majistret tentang sebab kematian dan Timbalan Pendakwa Raya yang hadir semasa Siasatan Kematian bukan untuk mendakwa seseorang tetapi hanya untuk membantu Mahkamah dengan pemeriksaan saksi bagi maksud memberikan keterangan;
(d) Peguam bela yang menghadiri suatu Siasatan Kematian bukanlah untuk membela seseorang, tetapi hadir untuk menjaga kepentingan pihak-pihak yang melantik beliau. Walaupun peguam bela tidak diberi hak untuk pemeriksaan saksi semasa Siasatan Kematian, hak ini jarang menjadi suatu isu kerana Mahkamah lazimnya akan memuaskan hati pihak-pihak bagi pemeriksaan saksi apabila permohonan dibuat oleh pihak-pihak;
(e) Walaupun berhujah tanpa kebenaran di hadapan mahkamah bukanlah perbuatan menghina mahkamah, perbuatan sedemikian adalah suatu perbuatan yang tidak sopan. Ini selari dengan penekanan terhadap etika kesopanan dalam profesion undang-undang;
(f) Seorang Koroner/Majistret tidak boleh menyatakan apa-apa pendapat mengenai apa-apa perkara sehingga Siasatan Kematian tamat;
(g) Tiada sabitan atau penghukuman di akhir Siasatan Kematian.
2. PERKARA YANG PERLU DIBERI PENEKANAN SEMASA SIASATAN KEMATIAN
Prosiding dan keterangan dalam suatu Siasatan Kematian hendaklah ditumpukan kepada perkara yang berikut:
(a) siapa si mati;
(b) bagaimana, bila dan di mana si mati menemui ajalnya;
(c) butir-butir yang diperlukan menurut Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299] untuk mendaftarkan kematian si mati;
(d) orang yang melakukan perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang yang menyebabkan kematian, jika terdapat keterangan sedemikian, tanpa membuat apa-apa dapatan mengenai liabiliti jenayah orang itu.
3. BILA SIASATAN KEMATIAN PERLU DIADAKAN
A. Bila Siasatan Kematian Mesti Diadakan
Koroner/Majistret mesti mengadakan suatu Siasatan Kematian jika:-
(a) mana-mana orang mati semasa dalam jagaan polis (seksyen 334 KTJ);
(b) mana-mana orang mati semasa dalam jagaan, atau dalam hal keadaan yang menimbulkan keraguan mengenai penjagaan si mati; atau
(c) Pendakwa Raya meminta Koroner/Majistret untuk mengaturkan supaya suatu Siasatan Kematian diadakan mengenai kematian itu (seksyen 339 KTJ yang dibaca bersama seksyen 328 dan 329 KTJ).
B. Bila Siasatan Kematian Boleh Diadakan
Siasatan Kematian boleh diadakan untuk menyiasat suatu laporan kematian jika Koroner/Majistret berpendapat adalah wajar untuk mengadakan Siasatan Kematian (seksyen 334 KTJ) bagi mana-mana kes orang yang mati semasa dalam hospital psikiatri atau penjara.
C. Bila Siasatan Kematian Tidak Perlu Diadakan Atau Tidak Diteruskan [Seksyen 333(3) KTJ]
1. Apabila seseorang telah dituduh dengan suatu kesalahan yang berkemungkinan dia adalah orang yang menyebabkan kematian itu.
2. Jika Koroner/Majistret telah diberitahu bahawa prosiding jenayah akan dimulakan terhadap mana-mana orang sebelum Siasatan Kematian bermula, Koroner/Majistret tidak boleh memulakan Siasatan Kematian tersebut sehingga tamatnya prosiding jenayah itu, termasuk apa-apa rayuan yang berkaitan dengannya.
D. Kategori Kes Yang Lazimnya Siasatan Kematian Diadakan
(1) Apa-apa kematian yang menimbulkan ketidakpastian atau keterangan yang bercanggah mengenainya yang mewajarkan penggunaan proses forensik kehakiman.
(2) Apa-apa kematian yang melalui Siasatan Kematian boleh mendedahkan kecacatan sistemik yang penting atau risiko yang tidak diketahui.
(3) Apa-apa kematian yang menurut pandangan keluarga atau anggota masyarakat yang berkepentingan bahawa suatu Siasatan Kematian itu berkemungkinan akan membantu mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan, perkhidmatan kesihatan atau lain-lain agensi awam.
(4) Apa-apa kematian yang apabila digabungkan bersekali dengan kematian orang lain yang berlaku dalam hal keadaan yang serupa yang boleh menunjukkan bahawa berkemungkinan terdapatnya peningkatan bahaya yang tidak dijangka di lokasi, kawasan, keluarga, industri atau aktiviti tertentu.
(5) Apa-apa kematian yang berlaku di tempat kerja yang melibatkan proses industri atau aktiviti tertentu.
(6) Apa-apa bencana yang melibatkan kematian berganda.
(7) Apa-apa kematian akibat mencederakan diri sendiri yang tidak boleh mengecualikan penglibatan pihak ketiga yang menyebabkan kematian itu.
4. PENGENDALIAN SEBELUM SIASATAN KEMATIAN
A. Melihat Mayat Si Mati
(1) Apabila Koroner/Majistret diberitahu tentang kematian seseorang semasa dalam jagaan di bawah seksyen 329 atau kematian seseorang semasa dalam jagaan di bawah seksyen 334 KTJ, Koroner/Majistret hendaklah, setakat mana yang bersesuaian:
-
Bersama Pegawai Perubatan, melihat dan memeriksa mayat in situ, untuk mengambil perhatian tentang apa-apa kecederaan atau tanda pada mayat;
-
Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penemuan mayat (dalam kes kematian semasa dalam jagaan);
Apa-apa pemerhatian yang dibuat hendaklah dicatat secara bertulis dan catatan tersebut hendaklah menjadi sebahagian daripada nota Koroner/Majistret dalam Siasatan Kematian.
(2) Koroner/Majistret dengan bantuan pihak polis hendaklah:-
-
memaklumkan dengan segera keluarga/waris kadim/orang yang berkepentingan tentang kematian si mati;
-
memaklumkan kepada keluarga/waris kadim/orang berkepentingan tentang apa-apa pemeriksaan post-mortem yang hendak dijalankan dan alasan bagi pemeriksaan post-mortem tersebut;
(3) Koroner/Majistret hendaklah memastikan bahawa mayat si mati diserahkan kepada keluarga/waris kadim untuk dikebumikan dengan seberapa segera dengan syarat siasatan dan/atau post-mortem yang perlu bagi maksud Siasatan Kematian telah dijalankan dengan sewajarnya. Apa-apa alasan kelewatan dalam serahan mayat si mati hendaklah direkodkan dalam nota Koroner/Majistret.
B. Notis untuk mengadakan Siasatan Kematian
Koroner/Majistret hendaklah dengan bantuan pihak Polis, memaklumkan keluarga/waris kadim berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat Siasatan Kematian. Notis ini hendaklah diserahkan tidak kurang dari 2 minggu sebelum tarikh Siasatan Kematian.
5. SIASATAN KEMATIAN
A. Protokol Pemeriksaan Saksi
Koroner/Majistret mempunyai kawalan terhadap prosiding, dan hendaklah memulakan pemeriksaan saksi, dan diikuti oleh pemeriksaan saksi oleh orang lain yang dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Siasatan Kematian. Koroner/Majistret dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya.
B. Kelayakan Pemeriksaan Saksi
Terdapat hanya 'orang yang berkepentingan' sahaja dalam prosiding Siasatan Kematian. Koroner/Majistret hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menentukan siapa yang layak untuk memeriksa saksi, termasuk yang berikut:
(a) ibu bapa, anak, pasangan dan mana-mana wakil diri bagi si mati;
(b) mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang atau mana-mana ejen atau pekhidmatnya boleh, menurut pendapat Koroner/Majistret, telah menyebabkan, atau menyumbang kepada, kematian si mati;
(c) seorang pemeriksa yang dilantik oleh, atau seorang wakil diri, pihak berkuasa yang menguat kuasa, atau mana-mana orang yang dilantik oleh Jabatan Kerajaan untuk menghadiri Siasatan Kematian; dan
(d) mana-mana orang lain, menurut pendapat Koroner/Majistret, adalah orang yang berkepentingan.
C. Penzahiran Dokumen
Koroner/Majistret mempunyai budi bicara berkenaan dengan penzahiran dokumen. Budi bicara ini hendaklah secara amnya dilaksanakan untuk membenarkan penzahiran dokumen.
D. Kelonggaran pemakaian tatacara dan kaedah keterangan
Tatacara dan kaedah keterangan yang sesuai untuk proses accusatorial adalah tidak sesuai bagi proses siasatan.
Koroner/Majistret tidak wajar membenarkan mana-mana cubaan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mempertikaikan kredibiliti saksi, sebagai contoh, melalui prosiding mencabar kebolehpercayaan (impeachment proceedings).
F. Keterangan Yang Menjerat Diri Sendiri (Self Incrimination)
Saksi yang hadir dalam prosiding Siasatan Kematian tidak perlu menjawab apa-apa soalan yang cenderung untuk menjerat diri saksi itu (self-incriminate).
Jika seorang saksi telah ditanya dengan soalan sedemikian, Koroner/Majistret hendaklah memaklumkan kepada saksi bahawa dia boleh untuk tidak menjawab soalan itu.
G. Dapatan Koroner/Majistret
Koroner/Majistret yang mengendalikan Siasatan Kematian hendaklah membuat dapatan mengenai:-
(a) siapa si mati;
(b) bagaimana si mati mati;
(c) bila si mati mati;
(d) di mana si mati mati;
(e) sebab kematian si mati; dan
(f) mana-mana orang, yang melakukan perbuatan atau melakukan peninggalan yang menyalahi undang-undang yang menyebabkan kematian, tanpa membuat apa-apa dapatan mengenai liabiliti jenayah orang itu.
H. Keputusan (Verdict) Koroner/Majistret
Keputusan (verdict) Siasatan Kematian oleh Koroner/Majistret tidak boleh menentukan persoalan mengenai:-
liabiliti jenayah; atau
liabiliti sivil,
bagi seorang yang dinamakan.
Pada akhir Siasatan Kematian, Koroner/Majistret mesti menyampaikan verdict berdasarkan mana-mana satu yang berikut:
(a) mati yang tidak dapat ditentukan cara kematian (open verdict);
(b) mati akibat kemalangan (misadventure);
(c) mati akibat penyakit (natural death);
(d) mati akibat perbuatan orang lain (homicide);
(e) mati akibat perbuatan diri sendiri (suicide).
I. Tempat Siasatan Kematian
Tempat Siasatan Kematian hendaklah terbuka kepada orang awam tetapi Koroner/Majistret boleh, atas alasan tertentu yang suai manfaat, mengecualikan kehadiran orang awam atau mana-mana orang pada mana-mana peringkat siasatan [seksyen 338(2) KTJ].
J. Penyegeraan Prosiding Siasatan Kematian
Atas dasar kepentingan awam, suatu prosiding Siasatan Kematian hendaklah disegerakan dan diberi keutamaan. Prosiding Siasatan Kematian hendaklah dikendalikan secara berterusan sehingga tamat.
6. PASCA PROSIDING SIASATAN KEMATIAN
A. Koroner/Majistret hendaklah menghantar kepada Pendakwa Raya keseluruhan fail asal yang ditandatanganinya beserta suatu salinan nota keterangan dan dapatan yang diperakui dengan ditandatangani olehnya sebagai betul/sahih.
B. Koroner/Majistret, dengan bantuan Polis, hendaklah memaklumkan kepada keluarga/waris kadim tentang keputusan (verdict) Siasatan Kematian.
C. Koroner/Majistret boleh memberi salinan keputusan (verdict) dan nota prosiding Siasatan Kematian kepada mana-mana orang berkepentingan atas permohonan secara bertulis.
7. PROVISO AM
Apa-apa sebutan kepada perkataan 'Koroner/Majistret' dalam Garis Panduan ini hendaklah juga dibaca sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Koroner.
###The previous 2014 PRACTICE note , now replaced by Practice Note above
ARAHAN AMALAN BIL. 2 TAHUN 2014 PENGENDALIAN SIASATAN KEMATIAN (DEATH INQUIRY) SELARAS DENGAN PENUBUHAN MAHKAMAH KHAS KORONER Ruj. Tuan: Ruj. Kami: JK/MP 38 Jld. 6 Tarikh: 8 April 2014 Pengarah Mahkamah Negeri Hakim Mahkamah Sesyen Majistret Penolong Kanan Pendaftar Penolong Pendaftar YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, ARAHAN AMALAN BIL. 2 TAHUN 2014 PENGENDALIAN SIASATAN KEMATIAN (DEATH INQUIRY) SELARAS DENGAN PENUBUHAN MAHKAMAH KHAS KORONER Adalah saya telah diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa Mahkamah Khas Koroner akan ditubuhkan di setiap ibu negeri dan mula berkuatkuasa pada 15 April 2014. 2. Mahkamah Khas Koroner ini akan menjalankan semua siasatan kematian bukan sahaja terhad kepada kes-kes kematian dalam tahanan polis, kematian dalam penjara, kematian di mana-mana pusat tahanan dan kematian orang tahanan di hospital tetapi juga kepada semua kes-kes kematian yang memerlukan satu siasatan dibuat menurut peruntukan seksyen 329(1) Kanun Tatacara Jenayah. 3. Mahkamah Khas Koroner akan dikendalikan oleh seorang Hakim Mahkamah Sesyen. 4. Mahkamah Khas Koroner ini juga akan mengendalikan kes-kes Laporan Mati Mengejut (LMM). 5. PENDAFTARAN KES DI MAHKAMAH KHAS KORONER 5.1 Kes-kes siasatan kematian yang difailkan hendaklah didaftarkan di Mahkamah Khas Koroner di negeri berkenaan menurut Kod berikut:-
5.2 Sekiranya suatu kes laporan mati mengejut telah didaftarkan di bawah kod 65, namun koroner setelah meneliti laporan kematian dan mendapati bahawa satu siasatan kematian perlu dijalankan maka kes itu hendaklah didaftarkan semula di bawah kod 65A. 6. PEMINDAHAN KES-KES LAPORAN MATI MENGEJUT (LMM) 6.1 Kes-kes LMM yang didaftarkan sebelum 15 April 2014 yang masih belum diselesaikan di Mahkamah Majistret, hendaklah dipindahkan ke Mahkamah Khas Koroner Negeri serta merta. 6.2 Kes-kes tersebut hendaklah didaftarkan semula menurut perenggan 5.1 di atas. 7. SIASATAN KEMATIAN YANG SEDANG BERJALAN 7.1 Bagi kes-kes siasatan kematian yang sedang berjalan hendaklah dirujuk kepada ketua Pendaftar untuk arahan lanjut. 8. GARIS PANDUAN PENGEDALIAN SIASATAN KEMATIAN 8.1 Garis panduan dalam mengendalikan kes-kes sisatan kematian adalah sepertimana yang digariskan di dalam Lampiran A Arahan Amalan ini. 9. PEMERIKSAAN MAYAT 9.1 Bagi kes-kes mati mengejut di mana Hakim Mahkamah Khas Koroner perlu memeriksa mayat, Hakim Mahkamah Khas Koroner hendaklah juga mematuhi perkara-perkara berikut:-
10. PENGURUSAN KES SIASATAN KEMATIAN 10.1 Hakim Mahkamah Khas Koroner hendaklah menyelesaikan siasatan kematian dalam tempoh 9 bulan dari tarikh siasatan kematian diadakan. 10.2 Bagi pengurusan kes siasatan kematian, Arahan Amalan Bil. 2 Tahun 2012 adalah terpakai setakat mana yang bersesuaian. 11. PEMBATALAN ARAHAN AMALAN TERDAHULU 11.1 Dengan berkuat kuasanya Arahan Amalan ini, Practice Direction No. 1 of 2007 Guidelines On Inquest adalah dengan ini terbatal. 12. TARIKH KUATKUASA 12.1 Arahan Amalan ini berkuatkuasa mulai tarikh 15 April 2014. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, (AZIMAH OMAR) Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman PUTRAJAYA s.k.: YAA Ketua Hakim Negara Peguam Negara YAA Presiden Mahkamah Rayuan YAA Hakim Besar Malaya YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak Timbalan Ketua Pendaftar Pendaftar Pendaftar Pendaftar Pendaftar Ketua Polis Negara Ketua Pesuruhjaya Ketua Pengarah Ketua Bahagian Pendakwaan Ketua Bahagian Guaman Peguam Besar Negeri Sarawak Peguam Besar Negeri Sabah Penasihat Undang-Undang Negeri Ketua Unit Pendakwaan Negeri Pengarah Bahagian Pengurusan Ketua Bahagian Dasar, Latihan dan Perancangan Strategik Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Ketua Bahagian Teknologi Maklumat Ketua Bahagian e-Kehakiman Pustakawan Presiden Pengerusi Pengerusi Ketua Polis Negara Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri Ketua Polis Negeri ---------------------------------------------------------------------------------- LAMPIRAN A GUIDELINES ON INQUEST (RELEVANT PROVISIONS IN PART V11 SECTION 328-341A CRIMINAL PROCEDURE CODE) 1. What is an inquest
2. Matter to be ascertained at Inquest
3. When should an inquest be held?
4. Any reference to the words 'Magistrate' or 'Magistrate/Coroner' in paragraphs 1, 2 and 3 above shall be read as Hakim Mahkamah Khas Koroner. | ||||||
PRACTICE DIRECTION NO. 1 OF 2007 GUIDELINES ON INQUEST Ruj. Tuan: Ruj. Kami: Tarikh: 5 January 2007 Semua Hakim Kanan Mahkamah Sesyen/Majistret Semua Majistret SEMENANJUNG MALAYSIA Dato'/Tuan/Puan, PRACTICE DIRECTION NO. 1 OF 2007 GUIDELINES ON INQUEST The guidelines below shall be followed in relation to Inquests in the Magistrates' Courts with effect from 1 February 2007. (RELEVANT PROVISIONS IN PART V11, CAP XXX11 SECTION 328-341A CRIMINAL PROCEDURE CODE) 1. What is an Inquest?
2. Matters to be ascertained at Inquest The proceedings and evidence at an Inquest shall be directed solely at ascertaining the following matters, namely:-
3. When should an inquest be held?
PRE INQUEST A. Viewing Body Of Deceased 1. When the Magistrate is notified of any non custodial death under section 329 or custodial death under section 334 CPC, the Magistrate should:
Whatever observations made should be noted down and these form part of the Magistrate's notes for the inquest. 2. The Magistrate with the assistance of the police should:
3. The Magistrate with the assistance of the police (who should be liaising with the pathologist), should try to ensure that the body is released to the family/next of kin for burial at the earliest opportunity provided that the necessary investigations and/ or postmortem for the purpose of an inquest has been duly carried out. Reasons for the delay in releasing the body of the deceased should be recorded in the notes of the Magistrate. B. Order of Postmortem The Magistrate shall direct the Government Medical Officer to do a postmortem and investigate and subsequently draw up a report of:
The report shall be signed by the officer by whom it was drawn up and the officer shall as soon as may be, forward the report of the apparent cause of death to the Magistrate. A Magistrate shall commence an inquiry into the death as soon as possible after the notification of the report from the Government Medical Officer. C. Notice of an Inquest The Magistrate should arrange to notify the family members/ next of kin regarding the holding of an inquest, as to the date, hour and place of inquest. A minimum of 2 weeks notice should be given. As for the first mention date, a maximum of 3 weeks will be given for parties to appear before the Magistrate, calculated from the date of the receipt of the report from the Government Medical Officer. INQUEST A. Protocols for examining witnesses The Magistrate who sits as a Coroner has control of the proceedings, and therefore, it is the Magistrate who shall examine firstly the witnesses, to be followed by others who have the right to participate in the inquest. The Magistrate is assisted by a Prosecuting Officer (a police officer or a Deputy Public Prosecutor). B. Entitlement to examine witnesses There are no 'parties' to an inquest as there are in accusatorial -or adversarial proceedings such as a trial. Instead there are only 'interested persons'. The Magistrate should exercise his discretion to determine who shall have the right to examine the witnesses. C. Persons who have the right to examine witnesses (a) A parent, child, spouse and any personal representative of the deceased; (b) Any person whose act or omission or that of his agent or servant may, in the opinion of the coroner, have caused, or contributed to, the death of the deceased; (c) An inspector appointed by, or a representative of, an enforcing authority, or any person appointed by a government department to attend the inquest; (d) Any other person who, in the opinion of the coroner, is a properly interested person. D. Disclosure of Documents The Magistrate have the discretion with regard to the release of documents. This discretion should in general be exercised in favour of release. E. Procedure and rules of evidence not to be strictly applied The procedure and rules of evidence which are suitable for the accusatorial process are unsuitable for inquisitorial process. Therefore, the Magistrate should not entertain any attempt by any of the interested parties to dispute the credibility of the witnesses through impeachment proceedings, for instance. Evidence in the form of guesswork should not be allowed. F. Self Incrimination No witness at an inquest shall be obliged to answer any question tending to incriminate himself. Where it appears to the Magistrate that a witness has been asked such a question, the Magistrate shall inform the witness that he may refuse to answer. G. Findings A magistrate who conducted an inquest must if possible find:-
The Magistrate shall transmit such findings to the Public Prosecutor (section 338 CPC) H. Verdict No verdict shall be framed in such a way to appear to determine any question of:-
At the conclusion of the Inquest, the Magistrate must deliver a verdict on any one of the following:
I. Place of Inquest Shall be open to the public but the Magistrate may, on special grounds of public policy or expediency exclude the public/persons in particular at any stage of the inquiry. (section 338 (2) CPC) J. Inquest should be prompt Public interest requires that Inquiries into deaths should be held more promptly than has been the case in the past. Inquests should be done at the very earliest moment after death. Inquests should be best conducted continuously until the end with the most minimal of postponements in between. POST INQUEST A. The Magistrate then transmits to the Public Prosecutor the original of the evidence and finding duly authenticated by his signature or a copy of such evidence and finding certified under his hand as correct. B. The Magistrate, with the assistance of the police, should inform the family/next of kin of the verdict. C. The Magistrate has a discretion to provide a copy of the verdict and notes of evidence to interested persons upon application by them. (TAN SRI DATO' SITI NORMA YAAKOB) Chief Judge of Malaya Palace of Justice PUTRAJAYA s.k.: Y.A.A. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia PUTRAJAYA Y.A.A. Hakim Besar Sabah & Sarawak Mahkamah Persekutuan Malaysia PUTRAJAYA Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia PUTRAJAYA Pengerusi Majlis Peguam Malaysia KUALA LUMPUR |
No comments:
Post a Comment