Thursday, December 15, 2022

Mansuh atau pinda semula Sosma, kumpulan hak asasi beritahu kerajaan(FMT)

 See full statement at

SOSMA must be repealed now, if not seriously amended to remove mandatory denial of bail, and restoration of Magistrate’s role in detention for purpose of investigation Home Minister Saifuddin Nasution decision not to review SOSMA a betrayal of the PH Plus Government? (MADPET)

 

Mansuh atau pinda semula Sosma, kumpulan hak asasi beritahu kerajaan


Jurucakap Madpet, Charles Hector, berkata mereka yang ditahan di bawah Sosma dinafikan ikat jamin dan hak untuk mendapat perbicaraan adil.

PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi manusia menuntut kerajaan memansuhkan peruntukan menafikan ikat jamin yang terkandung dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), selain mengembalikan peranan majistret berhubung perintah reman.

Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet), berkata pihaknya kecewa dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution kerana mempertahankan Sosma dan mahu akta itu dimansuh atau dipinda.

“Adalah penting semakan dan pindaan dibuat memandangkan ramai meringkuk dalam penjara tanpa dibenar diikat jamin kerana Sosma, ketika mereka menunggu perbicaraan tamat, mereka pada akhirnya mungkin didapati tidak bersalah,” kata jurucakapnya, Charles Hector dalam kenyataan.

Semalam, Saifuddin memberi petunjuk akta itu tidak akan disemak semula, sambil menyatakan individu ditahan boleh mengambil khidmat peguam sekiranya dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, akta itu berbeza berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan Ordinan Darurat yang membenarkan tempoh tahanan selama 60 hari.

Subseksyen 4(5) Sosma membenarkan polis menahan individu disyaki terbabit dalam aktiviti keganasan tidak melebihi tempoh 28 hari untuk siasatan.

Hector berkata, akta terbabit mengabaikan elemen terkandung dalam Akta Keterangan 1950 dan Kanun Tatacara Jenayah kerana membenarkan pihak berkuasa menahan individu tanpa bukti.

Beliau berkata, hal itu melanggar hak individu untuk mendapat perbicaraan adil dan membuka ruang kepada salah guna kuasa oleh polis.

Beliau juga menggesa Putrajaya mendedahkan jumlah sudah ditahan, dituduh dan disabit mengikut Sosma, sejak ia berkuat kuasa pada Julai 2012, selain menuntut kerajaan menggubal akta pampasan jenayah bagi membela mereka yang ditahan secara salah.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, berkata kerajaan tidak patut menolak melakukan semakan ke atas Sosma yang disifatkannya sebagai “undang-undang zalim terhadap hak asasi manusia”.

Katanya, perbandingan dibawa Saifuddin antara akta itu dengan ISA serta Ordinan Darurat sebagai tersasar dan tidak logik, sambil menyatakan penahanan tanpa bicara sama ada 28 atau 60 hari tidak sepatutnya berlaku sama sekali. - FMT, 14/12/2022

No comments:

Post a Comment