Sunday, July 31, 2022

Kurangkan bilangan kesalahan bawah Sosma, kata aktivis (FMT)

 Kurangkan bilangan kesalahan bawah Sosma, kata aktivis

18 Shares
facebook sharing button
twitter sharing button
whatsapp sharing button
email sharing button
Pasukan keselamatan sempadan sedang melakukan rondaan. Undang-undang Sosma menentang keganasan membenarkan penahanan suspek sehingga 28 hari. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan hak asasi manusia menggesa pengurangan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan Sosma berikutan lanjutan klausa tahanan sebelum perbicaraan di bawah akta itu baru-baru ini.

Charles Hector dari Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (MADPET) berkata, senarai kesalahan di bawah Sosma harus dihadkan kepada kesalahan yang menyebabkan kemudaratan atau kematian sehingga undang-undang itu dimansuhkan.

Pada Selasa, Dewan Rakyat meluluskan klausa lanjutan itu yang membolehkan polis menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan.

Fasal itu ditetapkan untuk tamat pada 31 Julai. Ia diluluskan di Dewan Rakyat dengan 111 menyokong dan 88 bantah, 21 berkecuali, dan mendapat kelulusan Dewan Negara sehari kemudian.

Hector berkata lanjutan klausa itu berisiko kepada lebih banyak kemungkinan berlaku penyeksaan dan penderaan semasa tahanan, sambil memetik kes kematian dalam tahanan sebelum ini.

Beliau berkata undang-undang Sosma menjejaskan kuasa mahkamah untuk memberikan atau menolak perintah reman, yang menurutnya adalah semak dan imbang yang penting untuk mencegah atau mengurangkan kekejaman polis.- FMT, 30/7/2022

See Full Statement - 

MP's Commitment to Human Rights and Justice Questioned? Extending police right to detain suspects without Magistrate's authority - no monitoring? Torture, Abuse of Powers?

 

No comments:

Post a Comment