# MADPET statement, partly quoted in report
MADPET berpendirian, jika bersalah, perlu dituduh dan dibicarakan di Malaysia, and jika disabitkan perlu dihukum. Tindakan mahu mengusir Rayhan oleh pihak Imigresen akan menjejaskan pentadbiran keadilan di Malaysia. Tambahan pula, Rayhan ini mungkin saksi penting jika Al Jazeera dituduh di Mahkamah - di mana jika saksi di luar negara, agak sukar untuk pihak pendakwaan membawa pulang saksi sedemikian dari negara lain untuk bicara membuktikan kesalahan Al Jazeera atau mereka yang terlibat. Kini saksi penting Jho Low pun Malaysia tak ada upaya bawa pulang dalam kes 1MDB, dsb.
Peguam jumpa Md Rayhan esok
DUA peguam yang mewakili lelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang
ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kelmarin, akan bertemu anak
guamnya esok.
Peguam terbabit K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja, dilantik keluarga Md Rayhan sebagai peguam bela.
Sumitha berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JIM sudah dimaklumkan melalui emel hari ini.
"Di dalam surat itu, kami meminta satu tarikh untuk bertemu dengan anak guam kami.
"Kami akan berada di Bukit Aman jam 2 petang esok untuk bertemu
dengan anak guam kami," katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro
hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia
(MCCF), Halim Ishak berkata, tindakan Md Rayhan membuktikan warga
Bangladesh terbabit tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara
yang berdaulat sehingga berani memperkotak katikkan tindakan kerajaan
mengawal pandemik maut.
Menurutnya, sudah tiba masanya kerajaan bertegas dan mengambil
tindakan undang-undang kepada mana-mana warga asing yang sengaja mencari
publisiti dengan menuduh wujudnya diskriminasi oleh kerajaan kepada
komuniti Malaysia.
"Warga asing harus sedar segala tindakan dilakukan kerajaan untuk
mengawal penularan Covid-19 adalah yang terbaik bukan saja untuk rakyat
Malaysia, malah pendatang asing tanpa izin (Pati).
"Malaysia antara negara terbaik mengawal penularan Covid-19 tanpa
mengira warga negara atau sebaliknya, kerana apa yang menjadi keutamaan
adalah wabak ini dapat dikawal sebaik mungkin," katanya.
Peguam, Charles Hector Fernandez dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Malaysia Against Death Penalty and Torture (Madpet) pula berpendapat
mahkamah harus memutuskan sama ada Md Rayhan perlu dihantar pulang atau
sebaliknya.
"Sekiranya pengusiran itu tidak dihentikan, kebimbangannya adalah
banyak pihak yang percaya bahawa Malaysia hanya berusaha untuk
mengelakkan perbicaraan yang adil.
"Sekiranya Malaysia benar-benar yakin dia melakukan jenayah, maka
tuduh dan bicara di mahkamah Malaysia sesuai dengan undang-undang
Malaysia," katanya dalam satu kenyataan berasingan. - Harian Metro(MyMetro), 25 or 26/7/2020
See full statement at
Deportation of Human Rights Defender Md Rayhan Kabir will undermine the administration of justice in Malaysia(MADPET)
See earlier relevant posts at
No comments:
Post a Comment