Monday, June 07, 2021

Edict[dan juga MADPET]: Gubal Akta Mahkamah Koroner untuk tangani kes kematian tahanan (Malaysiakini)

 

See full MADPET statement at:- Coroner and Public Prosecutors fail to deter Death In Custody if Inquests avoided(MADPET) - 3 death in custody in 15 days? 

Rights group moots Coroner's Court Act to deal with custodial deaths(Malaysiakini)

Human rights groups call for inquests into recent police custodial deaths(Malay Mail)

 

BERITA
facebook sharing button
twitter sharing button
sharethis sharing button

Edict: Gubal Akta Mahkamah Koroner untuk tangani kes kematian tahanan

Diterbitkan
Dikemaskini 12:46 pm

Kumpulan hak asasi Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) meminta kerajaan memperkasakan mahkamah moroner dan menggubal undang-undang baru melibatkan mahkamah berkenaan.

Edict menegaskan tiada cara lain untuk mendapatkan keadilan bagi kes-kes kematian dalam tahanan melainkan melalui mahkamah tanpa sebarang unsur politik dan diskriminasi.

"Peranan mahkamah koroner perlu diperkukuhkan dan Akta Mahkamah Koroner perlu digubal. Dalam masa sama, peruntukan- peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah harus dipatuhi.

"Sejarah telah membuktikan begitu banyak keputusan mahkamah yang menyebelahi pihak keluarga selepas melalui proses yang betul dan wajar.

"Sebarang ketidakpuasan hati terhadap keputusan sesuatu mahkamah boleh dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya siasatan kes kematian juga perlu dilengkapkan dalam masa enam bulan daripada tarikh kejadian.

"Inkues juga mesti diadakan untuk setiap kes kematian dalam tahanan. Ini termasuk kes-kes kematian di pusat tahanan imigresen," katanya lagi.

Edict juga menegaskan bahawa Suruhanjaya Bebas Kes Aduan Polis (IPCMC) bukanlah satu mekanisme untuk menyiasat kematian dalam tahanan.

Ini kerana katanya IPCMC adalah sebuah suruhanjaya menyiasat salahlaku anggota polis.

"Ini bermakna sebarang tuduhan ke atas salahlaku akan dibawa ke IPCMC selepas penyiasatan ke atas kematian dalam tahanan dilengkapkan mengikut undang-undang," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan jurucakap Malaysians Against Death Penalty and Torture, Charles Hector Fernande, berkata sudah tiba masanya semua anggota perkhidmatan kehakiman, termasuk koroner ditempatkan secara langsung di bawah badan kehakiman dan bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan semasa.

"Sebagai alternatif, mungkin sudah waktunya bagi Malaysia untuk menubuhkan badan koroner yang bebas, seperti mana di United Kingdom, yang juga memiliki Coroners and Justice Act 2009.

"Majistret yang sudah terbeban dengan kes mereka mungkin tidak mempunyai cukup waktu untuk memusatkan perhatian pada tanggungjawab koroner," kata peguam hak asasi manusia itu.

Sekurang-kurangnya tiga kematian dalam tahanan dilaporkan dalam tempoh 15 hari lalu.

Terbaru melibatkan seorang pemandu lori berusia 36 tahun, Umar Faruq Abdullah @ Hemanathan yang meninggal dunia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang selatan. Malaysiakini, 7/6/2021

No comments: