Monday, July 27, 2020

Peguam jumpa Md Rayhan esok(Harian Metro) - kenyataan MADPET dilapur


# MADPET statement, partly quoted in report 


MADPET berpendirian, jika bersalah, perlu dituduh dan dibicarakan di Malaysia, and jika disabitkan perlu dihukum. Tindakan mahu mengusir Rayhan oleh pihak Imigresen akan menjejaskan pentadbiran keadilan di Malaysia. Tambahan pula, Rayhan ini mungkin saksi penting jika Al Jazeera dituduh di Mahkamah - di mana jika saksi di luar negara, agak sukar untuk pihak pendakwaan membawa pulang saksi sedemikian dari negara lain untuk bicara membuktikan kesalahan Al Jazeera atau mereka yang terlibat. Kini saksi penting Jho Low pun Malaysia tak ada upaya bawa pulang dalam kes 1MDB, dsb.


Peguam jumpa Md Rayhan esok


Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

DUA peguam yang mewakili lelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kelmarin, akan bertemu anak guamnya esok.

Peguam terbabit K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja, dilantik keluarga Md Rayhan sebagai peguam bela.

Sumitha berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JIM sudah dimaklumkan melalui emel hari ini.

"Di dalam surat itu, kami meminta satu tarikh untuk bertemu dengan anak guam kami.

"Kami akan berada di Bukit Aman jam 2 petang esok untuk bertemu dengan anak guam kami," katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak berkata, tindakan Md Rayhan membuktikan warga Bangladesh terbabit tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat sehingga berani memperkotak katikkan tindakan kerajaan mengawal pandemik maut. 

Menurutnya, sudah tiba masanya kerajaan bertegas dan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana warga asing yang sengaja mencari publisiti dengan menuduh wujudnya diskriminasi oleh kerajaan kepada komuniti Malaysia. 

"Warga asing harus sedar segala tindakan dilakukan kerajaan untuk mengawal penularan Covid-19 adalah yang terbaik bukan saja untuk rakyat Malaysia, malah pendatang asing tanpa izin (Pati). 

"Malaysia antara negara terbaik mengawal penularan Covid-19 tanpa mengira warga negara atau sebaliknya, kerana apa yang menjadi keutamaan adalah wabak ini dapat dikawal sebaik mungkin," katanya.

Peguam, Charles Hector Fernandez dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Against Death Penalty and Torture (Madpet) pula berpendapat mahkamah harus memutuskan sama ada Md Rayhan perlu dihantar pulang atau sebaliknya.

"Sekiranya pengusiran itu tidak dihentikan, kebimbangannya adalah banyak pihak yang percaya bahawa Malaysia hanya berusaha untuk mengelakkan perbicaraan yang adil.

"Sekiranya Malaysia benar-benar yakin dia melakukan jenayah, maka tuduh dan bicara di mahkamah Malaysia sesuai dengan undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan berasingan. - Harian Metro(MyMetro), 25 or 26/7/2020

See full statement at

Deportation of Human Rights Defender Md Rayhan Kabir will undermine the administration of justice in Malaysia(MADPET)


See earlier relevant posts at

Deportation of Rayhan will undermine the rule of law (Malaysian Insight)

Keluarga Rayhan lantik peguam, NGO gesa perbicaraan adil(Malaysiakini) - refers to MADPET statement.

 

No comments: