EAIC harus kekal lepas IPCMC ditubuhkan, kata NGO
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak seharusnya 
dibubarkan apabila Suruhanjaya Bebas Aduan Salah laku (IPCMC) 
ditubuhkan, kata kumpulan hak asasi manusia terhadap Malaysia Menentang 
Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet).
Penyelarasnya Charles Hector
 Fernandez berkata masih ada keperluan untuk sebuah badan pemantau yang 
memantau agensi penguat kuasa lain selain pasukan polis.
"Walaupun
 IPCMC yang akan datang ditubuhkan menangani aduan terhadap anggota 
polis, EAIC kini menangani aduan terhadap hampir semua agensi 
penguatkuasaan lain termasuk Jabatan Imigresen, Kementerian Perumahan 
dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan 
Perusahaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan 
Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar.
"Satu kajian tentang 
statistik aduan yang diterima menunjukkan bahawa aduan telah diterima 
mengenai banyak agensi lain selain polis," katanya dalam satu kenyataan 
hari ini.
Fernandez
 merujuk kepada Rang Undang-Undang IPCMC 2019, yang dibentangkan di 
Dewan Rakyat bulan lepas dan akan dibahaskan pada sesi berikutnya pada 
Oktober.
Rang undang-undang itu menetapkan bahawa EAIC akan 
dibubarkan apabila IPCMC ditubuhkan dan semua aset EAIC akan dipindahkan
 ke IPCMC.
Fernandez berkata terdapat banyak aduan mengenai agensi
 lain di bawah EAIC maka ia perlu dikekalkan dan fungsinya 
dipertingkatkan.
"Madpet berpandangan EAIC sangat diperlukan, dan kuasanya juga harus diperluas untuk pendakwaan.
"Skop
 agensi yang diliputi oleh EAIC juga perlu dilanjutkan, termasuk juga 
meliputi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Penjara 
dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.
IPCMC mula 
dicadangkan pada 2005 oleh Suruhanjaya Diraja Bagi Meningkatkan Operasi 
dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, yang diketuai oleh bekas Ketua 
Hakim Negara Mohamed Dzaiddin Abdullah.
Bagaimanapun, EAIC, yang 
boleh menyiasat dan memberi cadangan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk 
mengambil tindakan terhadap pegawai agensi penguat kuasa yang tidak 
bertanggungjawab, diperkenalkan selepas bantahan keras oleh kepimpinan 
polis pada masa itu.
Kini, di bawah teraju Ketua Polis Negara 
Abdul Hamid Bador, polis lebih menerima cadangan penubuhan IPCMC dengan 
syarat kebajikan anggota polis diperbaiki.
Rang undang-undang 
IPCMC, jika diluluskan, tidak hanya membenarkan suruhanjaya untuk 
menyiasat pasukan polis tetapi juga mengambil tindakan tatatertib, 
termasuk pemecatan.
Fernandez berkata walaupun kuasa mengambil tindakan disiplin itu baru, IPCMC juga perlu diberi kuasa pendakwaan.
Menteri
 di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong sebelum ini berkata bahawa 
kerajaan sedang melibatkan pihak berkepentingan berhubung IPCMC 
menjelang perdebatan di parlimen pada Oktober.- Malaysiakini BM , 11/8/2019
 See full statement at:-  
No comments:
Post a Comment